Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

: .. Amanah ALLAH Untuk yang bergelar Syabab ..:


Muslimin yang menjadi harapan srikandi,

Dia seorang muslimin yang beriman,
Hatinya yang disalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Jiwanya penuh penghayatan kepada ALLAH,
Sentiasa haus dengan ilmu,
Sentiasa dahaga dengan pahala,
Solatnya adalah maruah dirinya,
Tidak pernah takut untuk berkata benar,
Tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Serta sentiasa bersama
Orang-orang yang berjuang dijalan ALLAH …..

Dia muslimin yang menjaga tutur katanya,
Tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Juga mempunyai ramai sahabat bersifat ilmuan,
Agar bertambah ilmunya seiring dengan iman ....


Dia seorang muslimin yang menghormati kedua ibu bapanya,
Sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Akan mendidik isteri & anak mendalami ISLAM,
Akan mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
kerana dunia baginya,adalah rumah sementara menuju akhirat …


Dirinya Sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Sentiasa hidup di bawah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat RASULULLAH S.a.w ,
Senang diajak berbincang dan berbicara,
Menjaga matanya dari berbelanja dan melihat kemungkaran,
Sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya ….


Muslimin yang mencintai ALLAH,


Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuh penuh kecergasan,
Kerana hari-hari yang berlalu,
usianya akan bertambah,
Kematian juga semakin dekat menghampiri ...

Ingatannya pada kematian sentiasa menemaninya,
Baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Kerana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar boleh berputik tunas menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian …

Muslimin soleh ini tidak mudah terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan SYURGA,
Mengimpikan wanita solehah sebagai pendamping hidupnya …
Di situlah rumah idamannya,
Dia ingin membawa wanita solehah itu bersama,
Iaitu wanita yang dipilih menjadi sayap kiri perjuangannya,
kerana dialah muslimin harapan srikandi ….



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...