Pengikut

Ahad, 21 Oktober 2012

Beginikah kita ?

Dalam kita meniti hidup ,dengan hembus bayu yang sentiasa kita nikmati ,kita akan merasai
ketenangan ..ye,ketenangan anugerah ALLAH yang tidak terhitung nilainya ..
namun bagaimana kita mencorak nikmat itu supaya lebih sempurna ?
mungkin tanpa kita sedar kita sedang mengguris hatiNya ..mulut kita mengungkapkan syukur
tapi jiwa kita kosong ..pahaha kita berkurangan..
kita merasakan diri kita cukup sempurna ..
Kita suka menilai manusia itu dan ini .. tidak langsung memberikan mereka peluang
untuk berubah ..
sempurnakah kita ?
Daie yang baikkah kita ?
Nuqaba' yang baikkah kita ?


- Bila kita menyeru manusia, pandanglah juga diri kita ..
Islah diri kita .. kita nampak kekurangan orang tetapi tidak nampak kekurangan kita ..
orang yang tidak belajar tinggi tetapi dia beramal dengan ilmu yang sedikit itu adalah
lebih baik dari kita yang memiliki master,Phd tapi suka menyalahkan manusia, mensia-siakan
mereka ..
Saya menyeru kepada diri ,menyeru kepada yang sudi membaca ,kita selami hati dan jiwa
kita ..

adakah disaat ini kita masih dekat dengan ALLAH atau amalan kita semakin menjauhkan
diri kita dariNya ?
hanya kerana kita suka membuka dan mencari aib manusia , hancur musnah amalan kita ..
Malaikat di kiri tidak berhenti menulis amalan kita ,
Malaikat di kanan berehat tiada kerja ..
Jangan biarkan kiri lebih berat dari kanan ..
Kanan bawa ke Syurga idaman ,
Kiri bawa ke neraka jahannam ..

~ Islah diri membentuk peribadi mulia ~

Selasa, 25 September 2012

::: Kelebihan Nikah Khitbah :::

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga
justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .


Selasa, 3 Julai 2012

Salahkah bertudung labuh ??

.. Ustazah ,kenapa tudung ustazah besar sangat ? 
         ustazah2 yang lain xde yang pakai macam ustazah ..

  ... Ustazah pakai sebab Allah suruh labuhkan tudung sayang ,
        bukan pakai ikut - ikut ..kenapa sayang ? 
         xsuka ustazah pakai tudung besar ?

... x la Usatazah ,saya suka ..cuma saya jarang tengok orang pakai kat Kuala Lumpur ni ..
    Ustazah nampak solehah ... 

.. AlhamduLILLAH ,amin ..moga kata-kata kamu tadi akan dapat manfaat pada kamu juga ..
  nak tahu sebab apa ? sebab pelajar seusia kamu sudah tahu maenghargai hak berpakaian mcm ustazah ..
  Allah akan lebih sayang kamu,  sayang  ...^_^
 Cuma , jangan anggap tudung labuh macam ustazah sudah cukup baik ..
  bila memakai pakaian yang baik ,
  mesti juga usahakan supaya dapat jadikan hati kita baik ..
 Bertudung labuh xdipaksa ,tapi rasa sempurna dan selesa bagi yang memakainya ..

 ... Ooo.. macam  tu ye ustazah ..hehe ..terima kasih ,
     Sayang ustazah ..^_^







...................................................................................................


~ Hakikat hari ini , bukan senang nak mengekalkan sesuatu yang baik ..terbaik ..
   ada yang terpaksa memakai tudung labuh mengikutb situasi ,waqi' tertentu ..

Contohnya ada yang apabila cuba untuk istiqamah memakai tudung labuh ,
keluarga pula yang menghalang ..

.. sekarang ade tudung labuh yang berfesyen ,
  knp xpakai ? sekarang dah moden ..

~ Patut ke menyalahkan 'kemodenan' untuk berkata tidak ?

" Wahai anak-anak adam ! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu 
   pakaian yang menutup aurat kamu , dan pakaian perhiasan ...dan pakaian taqwa
   itulah yang sebaik-baiknya..Yang demikian itu adalah dari tanda -tanda (kurnia)
  Allah supaya mereka beringat "

< Surah Al-A'raff :26 )

...: tepuk dada ,tanye iman  :...
   

Selasa, 8 Mac 2011

..: Adab Menuntut Ilmu :..

Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:

"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]

Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.

Dalil Menuntut Ilmu

Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]

Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]

Adab Menuntut Ilmu

01.Niat yang ikhlas


Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]

Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.

02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Imam Syafie pernah bekata:

"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]

Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.

03.Bersabar dalam menuntut ilmu


Imam Syafie pernah berkata:

"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237

04. Tulis setiap yang dipelajari


Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?

Abu Hurairah berkata:

"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]

05.Rendah diri


Imam Ahmad bin Hambal berkata:

"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]

06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan


Ibn Jama'ah berkata:

"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]

07.Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]

PENUTUP:

Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).

Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.

Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]

Tinta saya hanyalah dari ilmu yang sedikit namun kerana kesedaran betapa pentingnya adab dalam menuntut ilmu maka saya kongsikan apa yang terbaik dari ilmu yang sedikit ini. Saya memohon dari para 'alim dari segala ilmu untuk menegur jika terdapat salah dan silap dari apa yang saya kongsikan ini. Sungguh tiada yang lebih benar melainkan dari al Quran dan as Sunnah Rasulullah SAW.

- Artikel iLuvislam.com

Isnin, 21 Februari 2011

..: Bangunlah pejuang agama!! :..

Geram!
hanya itu ungkapan yang mampu ana hulurkan ..semakin adik-adik sepengajian ana tenang menghafal Al-Quran,semakin ligat
" jiran sebelah " buat bising ..ASTAGHFIRULLAH !
ini antara yang paling terkesan di hati ana setiap kali terlibat dengan Kem Huffaz,yang terbaru pada 18 feb yang lalu ..
setiap kali buat kem,ada saje ujiannya ..
marah?
mungkin ada ..tapi setakat mana sangatlah kudrat kita sebagai hambanya..demi mengelakkan perselisihan yang berlaku,hanya doa yang mampu dipanjatkan agar semua yang berlaku dilindunginya,amin ..
ana sedih dengan pemuda-pemudi sekarang ..mana mereka letakkan identiti mereka sebagai seorang Islam ..Islam hanya nama?Nau'zubiLLAH..
walaupun impian mahu melanjutkan pelajaran ke bumi anbia' masih terpahat di hati,
namun hati berat mahu meninggalkan adik2 di saat mereka masih memerlukan bimbingan ..
semuanya kerana waqi' negara yang semakin bercorak moden ..
mana perginya daie & daieyah ?
di akhir zaman inilah Islam memerlukan lebih ramai tentera untuk berganding bahu mencegah kemungkaran & menegak kemakrufan ..
InsyaALLAH,
harapan bukan sekadar harapan tapi suatu kemestian ..Syariat perlu ditegakkan!!
Ayuh JUNDULLAH & JUNDATULLAH ,tegakkan Syariat Islam tercinta ..

TAKBIR FILLAH !!!

Rabu, 12 Januari 2011

...: kURSuS KaHw!n :..

AlhamduLILLAH,berjaya juga kursus kahwin yang diadakan di KIAS ..gembira tengok sahabat2 denagan senyuman manis masing2 usai tamat kursus kahwin ..adalah yang akan bina bait muslim tak lama lagi =)
mereka adalah harapan agama ..teringat pula kata2 seorang kakak yang baru ana kenali,
katanya :
" nasihat k.nur,sentiasa minta dengan ALLAH dikurniakan zaujun soleh pada waktu terbaik kerana perempuan adalah fitnah,cara untuk berdakwah sekarang kena letakkan diri kita dalam zon SELAMAT dulu then baru kita bergerak ..lagi indah ikatan tu kalau kedua2nya pejuang agama ..ni pengalaman k.nur dik ..banyak2kan doa padaNya,moga segalanya maqbul ..'ala kher !
SubhanALLAH,syukran kak ..
tenang hati saat membaca harapan insan yang ana kagumi ni ..walaupun tidak pernah bersua muka, tapi muslimah ini insan mulia ..punya kelulusan luar negara pun,dia tidak mudah melatah dengan pendapatan yang lumayan ..cukuplah dapat berbakti pada insan2 yang memerlukan,yang dahagakan ilmu agama ..
" Ya ALLAH ,bahagiakanlah insan ini dunia dan akhirat ..permudahkanlah segala urusannya ..amin"
Ingin sekali ana menemuinya ..namun batasan waktu menghalang niat murni ini buat seketika ..
masing2 ada amanah yang perlu dilaksanakan ..ada tugas untuk agama,untuk Islam tercinta ..
moga ALLAH mempertemukan kami di medan perjuangan ..(n_n)

Selasa, 2 November 2010

..: Setulus ikhlas :..

Oleh Prof Dr Sidek Baba

Maksud kerana Allah ialah ikhlas. Ikhlas memberikan sandaran terhadap redha Allah. Berfikir adalah aktiviti akal untuk sesuatu maksud.

Berfikir kerana Allah adalah menggunakan kekuatan akal dan daya taakulan untuk berfikir ke arah sesuatu yang Allah redha. Menggunakan akal untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah kemudian melakukan kajian dan penyelidikan berasaskan jiwa tadabbur yang tinggi menyebabkan hasil pemikiran membimbing kedekatan manusia dengan Penciptanya.

Menggunakan kekuatan akal untuk menyuburkan maklumat yang dipandu oleh asas-asas yang benar tentunya bakal membimbing manusia suka dan cintakan kebenaran. Menggunakan akal bagi membuat sesuatu pertimbangan yang menuntut keadilan dengan merujuk faktor pemikiran dan faktor syarak ia bakal mempedoman manusia ke arah natijah yang baik.

Oleh itu maksud berfikir kerana Allah adalah menghubungkan proses dan natijah pemikiran selari dengan pedoman dan petunjuk Allah. Akal saja tidaklah segala-gala. Akal yang dipandu oleh hikmah yang terungkap dalam al-Quran memberikan sumber yang memandu manusia berfikir. Daripadanya lahir kegiatan berfikir tidak semata-mata kerana berfikir tetapi berfikir yang selari dengan petunjuk Allah, tidak bercanggah dengan syarak dan mendapat redha-Nya.

Menjadi suatu tuntutan kepada umat Islam untuk membina tradisi berfikir kerana Allah dan berhikmah kepada manusia. Ia bermakna kita harus ada asas-asas ilmu Islam yang baik. Ilmu ini akan memandu kita dalam proses berfikir.

Ilmu Islam memberi kita suluh supaya aktiviti akal tidak hanya berkembang begitu saja tanpa arah dan matlamat tetapi dipandu oleh sumber hikmah atau al-Quran supaya matlamat berfikir bakal memberi manfaat kepada yang lain.

Ramai dari kita kini amat terpengaruh dengan pemikiran semasa yang bercorak popular. Tidak pula salah bagi kita mengetahui asas-asas ilmu daripada sumber Barat dan Timur untuk maksud berbanding. Tetapi sebagai umat Islam keupayaan berfikir yang dipandu oleh sumber hikmah atau wahyu menjadi terlalu penting supaya pemikiran berkembang dan subur atas maksud kebaikan dan manfaat. Inilah asas berfikir kerana Allah yang amat diperlukan oleh kita.

Kita tentunya selalu berfikir tentang hiburan, cinta, makna kebahagiaan, kejayaan dan kecemerlangan, sahabat dan persaudaraan. Berfikir ke arah itu adalah sesuatu yang fitrah. Tetapi sebagai seorang Muslim apakah sandaran berfikir tentang hiburan yang dikaitkan dengan redha Allah sekiranya hiburan difikir dan difahamkan sebagai alat mengisi kekosongan hati dan keceriaan diri secara nafsu-nafsi, menyubur keinginan yang menyebabkan hilang malu dan jati diri, pengagum kepada hiburan popular Barat hingga menjadikan kita tidak berfikir ke arah memperkasakan budaya sendiri.

Sebagai manusia biasa yg dianugerahkan fitrah, tentunya kita berfikir tentang cinta. Berfikir tentang cinta seadanya boleh menjerumuskan kita ke arah cinta kenafsian dan haiwani. Kita akan mudah terpengaruh dengan pemikiran cinta dangkal yang hanya sekadar ingin merasai kelazatan emosi yang sifatnya nafsu-nafsi lalu melampiaskan lafaz dan hajat yang mengheret ke arah kerosakan.

Berfikir tentang cinta kerana Allah, membimbing kita ke arah meletakkan Allah sebagai sumber yang tertinggi di mana puncak cinta kepada Allah membawa kita kepada asas ketaatan dan kepatuhan kepada pedoman yang Allah berikan. Dalam pergaulan, Allah memberikan sempadan dan batasan kepada yang bukan mahram. Allah memberikan landasan syarak supaya cinta yang fitrah tersalur dengan jalan yang terarah. Mematuhi asas yang telah dipedomankan oleh Allah membawa kepada asas redhanya. Dan percintaan yang terjalin atas redha Allah bakal membawa berkat terhadap kehidupan itu sendiri.

Isnin, 11 Oktober 2010

Ujian di dalam kehidupan kadang-kadang di luar dugaan hingga menyebabkan kita rasa terlalu lemah. Keadaan ini kadang-kadang menyebabkan terungkai keegoan di dalam diri kita hingga kita tersungkur di depan kebesaran dan keagungan Allah, menyedari hakikat kelemahan diri dan mula merasa perlunya pada bimbingan Ilahi. Ketika itu kita mulai mendaki anak-nak tangga untuk mendekati Allah SWT. Ini adalah salah satu pintu hidayah (ujian) untuk kita kembali merasa diri sebagai hamba dan melihat Allah sebagai Rabb. Sememangnya ujian di dalam kehidupan ini adalah medan tarbiyyah untuk kita mengenali diri dan merasai kebesaran dan keagungan Allah SWT. Ibnu Qayyim pernah menyebut "dijadikan kita (manusia) lemah supaya dengan kelemahan itu kita dapat meneropong kebesaran dan keagungan Allah SWT.



Orang yang bijak lebih suka ditimpa dengan ujian kesusahan dari ujian kesenangan kerana kesenangan lebih cenderung untuk menjadikan kita lupa diri manakala ujian kesusahan sering saja menyedarkan kita tentang kelemahan diri. Apabila hidup menjadi terlalu sukar kita mungkin terpaksa bersabar (kerana itu saja yang kita mampu buat) tetapi apabila hidup dilimpahi kekayaan dan diselimuti kemewahan tidak ada pula orang yang terpaksa bersyukur. Oleh kerana itu sahabat-sahabat Rasulullah SAW lebih takutkan ujian kemewahan dari ujian kemiskinan. Kesukaran dan kemiskinan hidup kadang-kadang menghidupkan kepekaan jiwa hinggakan kita lebih banyak memikirkan kepentingan orang lain dari kepentingan keperibadi menyebabkan kita membesar dengan jiwa masyarakat. Sedang kemewahan menjadikan kita manusia yang sibuk dengan keperluan dan kepentingan diri bahakan kadang-kadang menjadikan rakus walau terhadap harta dan kekayaan orang lain.




Isnin, 27 September 2010

Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah SWT.
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:


Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah akan memberi jaminan kepada orang-orang yang keluar (berjuang) di jalan-Nya. Sesungguhnya orang yang keluar untuk berjihad hanya kerana iman dan ikhlas kepada Allah, maka Allahlah yang akan memberi jaminan untuk memasukkannya ke dalam Syurga atau akan mengembalikannya semula ke rumah, beliau juga keluar dengan mendapat pahala atau harta rampasan. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Pada setiap bahagian tubuh yang terluka di jalan Allah akan diperlihatkan oleh-Nya pada Hari Kiamat. Ketika beliau terluka warna darah dan baunya adalah seperti minyak kasturi. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya, jika peperangan itu memang tidak berat bagi kaum Muslimin, sudah tentu aku tidak akan meninggalkan pasukan yang turut berperang pada jalan Allah tetapi aku sendiri tidak mampu memberikan kenderaan kepada mereka dan keadaan mereka sendiri juga seperti diriku yang tidak mampu. Mereka sendiri sebenarnya masih merasa keberatan dan tidak dapat berangkat bersamaku. Demi Zat yang jiwa Muhammad berada dalam kekuasaan-Nya. Sesungguhnya aku lebih suka seandainya aku berperang di jalan Allah lalu terbunuh, lalu aku dihidupkan kemudian berperang lagi dan terbunuh, kemudian aku dihidupkan dan berperang lagi dan akhirnya terbunuh lagi.
-(Hadis Riwayat Muslim)
-Bab Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah SWT.



Posted by Al-Faqir ILALLAH ..
Labels: Kelebihan Berjihad Dan Keluar Berjuang Di Jalan Allah SWT.

Khamis, 9 September 2010

..: Cahaya AidilFitri ..:

... بسم الله الرحمن ارحيم

AlhamduLILLAH ,sudah tiba bulan Syawal,tanda kemengan bagi umat Islam setelah sebulan
berjihad,berpuasa dan mengawal pancaindera demi mengharapkan keredhaan ALLAH ..
Ramadhan adalah masa yang sesuai untuk melatih diri dengan kesabaran dalam ape jua keadaan ataupun ujian yang terpaksa ditempuhi ..
Inilah sejarah dalam hidup ana sebagai seorang mujahidah,
meraikan kemenangan tanpa ayahbonda tersayang ..
namun jauh disudut hati,ana bersyukur dan yakin kedua2 arwah bahagia berada disisiNya ..
hanya doa mampu dipanjatkan buat insan tersayang agar mereka bahagia dalam rahmatNya ..


)= ..sedih juga terpaksa meninggalkan bulan yang penuh berkah,bulan yang didalamnya tersirat sejuta hikmah ..mungkinkah akan berjumpa lagi pada tahun2 yang akan datang?
"Ramadhan,aku merinduimu .."


* Salam sayang buat pengunjung blog ana ,
moga kita sentiasa dalam rahmat ALLAH Ta'ala ..Amin ..(n_n) ..

Selasa, 31 Ogos 2010

: .. Amanah ALLAH Untuk yang bergelar Syabab ..:


Muslimin yang menjadi harapan srikandi,

Dia seorang muslimin yang beriman,
Hatinya yang disalut rasa taqwa kepada ALLAH,
Jiwanya penuh penghayatan kepada ALLAH,
Sentiasa haus dengan ilmu,
Sentiasa dahaga dengan pahala,
Solatnya adalah maruah dirinya,
Tidak pernah takut untuk berkata benar,
Tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Serta sentiasa bersama
Orang-orang yang berjuang dijalan ALLAH …..

Dia muslimin yang menjaga tutur katanya,
Tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Juga mempunyai ramai sahabat bersifat ilmuan,
Agar bertambah ilmunya seiring dengan iman ....


Dia seorang muslimin yang menghormati kedua ibu bapanya,
Sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga,
Bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Akan mendidik isteri & anak mendalami ISLAM,
Akan mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
kerana dunia baginya,adalah rumah sementara menuju akhirat …


Dirinya Sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Sentiasa hidup di bawah naungan AL-QURAN dan mencontohi sifat RASULULLAH S.a.w ,
Senang diajak berbincang dan berbicara,
Menjaga matanya dari berbelanja dan melihat kemungkaran,
Sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya ….


Muslimin yang mencintai ALLAH,


Tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana penat membaca,
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangun subuh penuh kecergasan,
Kerana hari-hari yang berlalu,
usianya akan bertambah,
Kematian juga semakin dekat menghampiri ...

Ingatannya pada kematian sentiasa menemaninya,
Baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Kerana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar boleh berputik tunas menjadi baka yang baik,
Meneruskan perjuangan ISLAM sebelum hari kemudian …

Muslimin soleh ini tidak mudah terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan SYURGA,
Mengimpikan wanita solehah sebagai pendamping hidupnya …
Di situlah rumah idamannya,
Dia ingin membawa wanita solehah itu bersama,
Iaitu wanita yang dipilih menjadi sayap kiri perjuangannya,
kerana dialah muslimin harapan srikandi ….



Isnin, 30 Ogos 2010

....Nikmat Malam Lailatul Qadar ...

...... AlhamduLILLAH,
Allah masih memanjangkan usia ana untuk merasai 10 malam terakhir Ramadhan ..
ana mendambakan malam Lailatul Qadar,
malam yang lebih baik dari seribu bulan ..
subhanALLAH!
syukur ya ALLAH ..
kedatangan bulan yang mulia ini dapat dilalui dengan baik ..tanpa disedari,
tinggal lebih kurang seminggu lagi untuk umat Islam menyambut Aidiladha ..
segala ibadah yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadhan diharapkan ALLAH dapat menerimanya,diampunkan segala dosa,dimakbulkan segala doa ..amin ..
Sesungguhnya kedatangan bulan Ramadhan adalah saat yang ditunggu-tunggu,
namun saat Ramadhan ingin berlalu pergi,terasa sayu di hati ..mungkinkah akan kita temui lagi Ramadhan yang penuh berkah & rahmat ini ?



....: BILA LAILATUL QADAR?


>Pada suatu pagi Ramadhan,
Nabi s.a.w keluar untuk bertemu kaum muslimin.Baginda hendak memberitahu tentang Lailatul Qadar.
Tiba-tiba Nabi melihat dua orang lelaki dikalangan muslimin sedang bertengkar .
Walaupun pertengkaran tidak berlarutan,Nabi sungguh kesal dengan kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu ..
" Aku datang ini untuk memberitahu kamu semua tentang Lailatul Qadar ,"
kata Nabi s.a.w ,
"Tetapi aku melihat ada pertengkaran yang berlaku ."
Senyap semua mereka yang ada di situ .Tidak berani bertanya atau mencelah .Nabi menyambung lagi ,
" Lalu ALLAH menghilangkan dari pengetahuanku apa yang baru aku ketahui tentang Lailatul Qadar itu.
Mudah-mudahan itu lebih baik bagi kamu .Carilah Lailatul Qadar pada malam ke-9, ke-7 , dan ke-5 (malam-malam sepuluh akhir Ramadhan) ."


* 3 pErKaRa yAnG bOLeH diFaHaM! ...


  • Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam tertentu.
  • Lailatul Qadar tidak boleh ditetapkan dengan pasti.
  • Pertengkaran ( termasuk kejahatan & dosa ) , menghijab bantuan dan rahmat dari ALLAH .


> Sahabat2 yang dikasihi kerana ALLAH,
sama-samalah kita memanfaatkan 10 malam terakhir Ramadhan ..(^_^).

Rabu, 11 Ogos 2010

..: Ramadhan .. kedatanganmu dinanti ..:


Salam ramadhan ...
Ramadhan kali ini,ana menyambutnya tanpa ibubapa tercinta ..
sayu terasa hati ,namun inilah jalan yang telah diaturkan oleh ALLAH ..
terlalu indah pada waktunya ..
namun hati yang sentiasa mengingati ALLAH saat susah dan senang banyak menguatkan diri ana..
itu juga yang ana harapkan pada adik-beradik yang lain ..
terlalu manis jika segala apa yang berlaku dalam hidup, kita sandarkan hanya pada ALLAH ..




ape pun yang berlaku,
kasih -sayang ALLAH pada kita tidak akan pernah berakhir ..
smoga kedatangan Ramadhan dpat menambahkan lagi kekuatan iman serta memupuk nikmat kesabaran ..
insyaALLAH ..(n_n)

Sabtu, 26 Jun 2010

GAZA ,aku menantimu ...

Saat melihat umat islam ditindas,hati ana cukup tersentuh ..
kejamnya yahudi!! ...
terasa di sudut hati nak jejakkan kaki kesana,walaupun untuk menyumbangkan bantuan makanan sahaja..hanya doa yang mampu ana panjatkan pada ALLAH,moga mereka dilindungi dari kekejaman itu..amin..
ingin sekali ana turut sama-sama berjuang kerana terlalu kecewa dengan negara-negara islam yang lain,hanya mampu melihat sahaja,tapi mana natijahnya?
sampai bila penderitaan ini akan berakhir?
kalaulah negara-negara lain yang mencintai keamanan walaupun bukan negara islam bersatu,kekejaman ini mungkin akan membuka mata masyarakat dunia..
sama2lah berdoa untuk keamanan..
('',)..

BiLa Hati DiujiNya ..

Fitrah manusia ,ALLAH telah mengurniakan perasaan kasih-sayang kepada makhlukNya ..
tapi bagaimana pula dengan CINTA kepada yang berlainan jantina?tiada hubungan yang sah disisi agama?ape istilah sebenar disebaliknya?

CINTA > satu perkataan yang cukup membuatkan manusia terleka,hanyut dengan cinta yang jauh dari landasan agama ..KENAPA? apabila perasaan itu mula memenuhi ruang hati tanpa cinta pada ILLAHI,cinta manusia tidak layak untuk kita miliki ..
telah tercatat di Lauh Mahfuz siapa jodoh kita,kenapa perlu bimbang?
Tapi bagi seorang wanita,apabila telah datang kepadanya lelaki yang beragama untuk melamarnya sebagai seorang isteri,hendaklah wanita itu menerimanya walaupun lelaki itu tidak punya harta ..
hikmah wanita solehah hanya untuk lelaki yang soleh...Amin..=)

> Indahnya Kasih ALLAH..

sukar untuk ana buat sebarang keputusan,tapi inilah ujian ALLAH ..mengenangkan adik yang sakit,ana terpaksa menggadaikan cita2 yang telah ditanam sejak kecil.."bumi anbia',aku xmampu jejakkan lagi kaki ke situ.."
ana pasrah,redha..mungkin ada hikmahnya yang belum terungkap oleh kemampuan manusia..hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa besar hikmah disebaliknya..
masih terlalu jauh perjalanan hidupku,segala-galanya telah ALLAH rancangkan sebaik mungkin..
ana cukup bersyukur dpilih ALLAH untuk merasai ujiannya,ckup indah..!!

Jumaat, 7 Mei 2010



...: kaSih seorang insan yang bergelar IBU ....

ibu adalah insan yang telah banyak berkorban untuk aku..kasihnya tiada sempadan dan yang paling penting,doanya tiada hijab..aku sudah kehilangan tanggungjawab ntuk menjaga seorang insan yang bergelar ibu..ummi yang dsayangi telah pergi mengadap ILLAHI ..
ALLAH lbih menyayanginya lbih dri diri aku..hnya doa sbgai pengganti segala yang telah dikorbankan oleh arwah ummi ..dia seorang ibu yang tabah..saat diri diuji ALLAH dengan keadaan yang lemah,dia masih mampu beribadah ..subhanALLAH ,aku terlalu merindui arwah,termasuk arwah abah... dsaat usia ini yang masih mngharapkan ksih-sayang dan belaian seorang ibu & ayah,aku telah kehilangan kedua2nya ..
aku pasrah...malah redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh ALLAH..
mereka telah pergi dan yang pasti aku juga akan menyusul juga,cuma detik & ketikanya masih menjadi tanda tanya...
msih terngiang2 di fikiran,harapan arwah ummi agar aku dapat menjejakkan kaki ke bumi anbia' dan harapan arwah abah supaya aku dapat bergelar seorang hafizah..
mampukah aku Ya ALLAH??

demi harapan mereka,akan aku usahakan ..walaupun rasa diri terlalu kerdil ntuk mnerima gelaran itu,tapi hanya ALLAH yang layak meletakkkan di tahap mana rezeki hamba2NYA..('',)


< Doa Rasulullah S.a.w >










'''Ya ALLAH ..kurniakanlah daku perasan cinta
kepadaMU ,Dan cinta kepada orang yang mengasihiMU, Dan apa sahaja yang membawa kepada daku menghampiri cintaMU,

Jadikanlah cintaMU itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan..

Ya ALLAH ,sesungguhnya aku memohon cintaMU, Dan cinta orang yang mencintaiMU serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMU ..

Ya ALLAH ,apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai ..

Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai ,Maka jadikanlah ia keredhaan untukku dalam mencintai ape yang Engkau cintai ..

Ya ALLAH ,jadikanlah cintaMU sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku , hartaku, dan air sejuk pada saat kehausan ..

Ya ALLAH ,jadikanlah aku mencintaiMU, mencintai malaikatMU, RasulMU dan hambaMU yang soleh ..

Ya ALLAH, hidupkanlah hatiku dengan cintaMU dan jadikanlah aku bagiMU seperti apa yang Engkau cintai ..

Ya ALLAH, jadikanlah aku mencintaiMU dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaanMU ..

(Hadis Riwayat At-Tarmizi, Rasulullah S.A.W bersabda ,
''Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s ...'' )





Selasa, 27 April 2010

Mengenal Ciri-ciri Wanita penghuni Syurga..


>Mempunyai Semangat Yang Tinggi..

Semangat yang tinggi selalunya
akan dilihat pada Wanita Muslimah yang solehah dalam menjalankan ibadat kepada
ALLAH s.w.t...
Mereka sentiasa sibuk dalam mentaati ALLAH daripada segala aspek kehidupan..Wanita Solehah sentiasa serius dalam beramal soleh kerana mereka khuatir akan tiba ajal mereka sebelum mereka dapat memperbaiki amalan-amalan mereka..Oleh sebab itu,segala pengetahuan mereka tentang hari akhirat akan sentiasa memotivasikan mereka supaya sentiasa mempunyai semangat yang tinggi dan mendorong mereka untuk mencari kemuliaan
di sisi ALLAH s.wt...
Wanita-wanita solehah ini akan sentiasa memanfaatkan masa yang ada sebelum hilangnya nikmat masa itu kepada mereka..Penyebab kepada ketinggian semangat dalam mentaati ALLAH S.W.T ini ialah ketakutan dan Muroqqabah wanita-wanita solehah kepada
ALLAH S.W.T ...
......: RasuLULLAH s.a.w pernah bersabda,
"selalunya yang berasa takut , dia akan berjalan sepanjang malam ,dan sesiapa yang berjalan sepanjang malam ,dia akan sampai ke rumahnya..Ketahuilah, sesungguhnya perniagaan ALLAH s.w.t itu tinggi harganya..
Dan ketahuilah , sesungguhnya perniagaan ALLAH s.w.t itu ialah SYURGA..




Ikhlas untukmu ukhti...('',)



>Tawakkalnya wanita solehah kepada ALLAH S.W.T

Muslimah sOlehah dari kalangan orang yang terdahulu dari kita (salaf) ,mereka sangat mempercayai kepada ALLAH S.W.T dan bergantung sepenuhnya kepadaNya dalam segala urusan mereka..

*kalau begitu,kenapa kita tidak mengharapkan perkara yang sama?

Menerusi ketakwaan mereka yang hakiki kepada ALLAH S.W.T ,kita dapat lihat bahawa mereka ini sememangnya layak menjadi 'guru' dalam bidang akidah...Akidah merupakan perkara asas dan terpenting dalam hidup seorang muslim..sebab itu, wanita muSlimah yang menjadi cOntOh ini tidak mengharapkan sesiapa pun selain daripada ALLAH S.W.T dan bergantung sepenuhnya kepada ALLAH S.W.T..

Contohnya seperti yang berlaku kepada isteri Syaqiq Al-Balkhi r.a ..
Peristiwa ini berlaku ketika Syaqiq berangkat ntuk pergi berjihad..Lalu datanglah salah SeOrang saudaranya untuk bertanya tentangnya..
Maka iSterinya menjawab, "Dia berangkat untuk berjihad." .....apa yang dia tinggalkan untuk kamu ?" ,tanya saudara Syaqiq..Lalu isteri Syaqiq kembali bertanya, "Apakah Syaqiq itu yang memberi rezeki atau DIA yang memberi rezeki?"..
Saudara Syaqiq menjawab.."Bahkan dia yang diberikan rezeki.."..
Lalu isteri Syaqiq menjawab lagi ,"Sesungguhnya dia yang diberikan rezeki itu telah meniggalkan yang memberi rezeki kepada kami..dan kamu,janganlah datang kesini lagi kerana kamu telah merOSakkan hati kami kepada ALLAH S.W.T.."




Khamis, 22 April 2010

Ketinggian Ilmu dan hikmah Wanita Solehah...

Wanita solehah adalah harapan para syabab yang mencintai ALLAH..mereka juga diiktiraf ibarat perhiasan dunia,

wanita juga adalah bunga yang berduri,sukar ntuk disentuh oleh lelaki ajnabi..hanya layak dimiliki oleh insan yang bergelar suami..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...